Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia
di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;
1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara
yang
membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di
jalan Allah
tanpa riya.
Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga,
kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.
Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu
lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana
mencari keredhaan Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang
yang mati syahid?"
Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru
yang mengajar kamu."
Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang
kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata yang berhaji,"Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?"
Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului
guru yang mengajar kamu."
Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu
kamu di dunia dulu?"
Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan
keredhaan Allah S.W.T."
Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala
orang yang menderma kerana Allah?"
Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."
Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului
guru yang mengajar kamu."
Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan
ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang
dermawan itu."
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu,
bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah
orang-orang lain masuk."
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli
ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara
kamu."
Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada
orang yang berilmu."
Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat
dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi
lebih berat daripada darah para syuhada."
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar)
atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah
engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau."
Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang paling utama?"
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang Allah."
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan
kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu
empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:
1. Wajah yang
manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata
yang bersopan.
3. Hati yang
bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan
yang dermawan.
Empat perkara
bagi penghuni neraka:
1. Muka yang
muram.
2. Tutur kata
yang keji.
3. Hati keras
yang ingkar.
4. Tangan
yang kedekut (bakhil).
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat
perkara:
1. Dengan berilmunya
para ulama.
2. Dengan
keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan
orang kaya yang dermawan.
4. Dengan
doanya orang yang fakir."
Semoga bermanfaat
0 comments:
Posting Komentar